SOLAT JAMAK DAN QASAR
1.0 KONSEP SOLAT JAMAK DAN QASAR
- merupakan suatu kelonggaran atau keistimewaan (rukhsah) yang diberikan oleh Allah dalam menunaikan ibadat
- dalil (rukhsah solat): Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumannya) daripada kamu kerana manusia dijadikan lemah
- rukhsah solat - kemudahan yang diberikan oleh Allah kepada orang Islam untuk menunaikan solat walau dalam apa jua keadaan
- tujuan rukhsah solat – memudahkan seseorang melakukan ibadat secara berterusan sekalipun dalam musafir atau sakit teruk
2.0 KEHARUSAN SOLAT QASAR
- erti: solat fardhu 4 rakaat dipendekkan menjadi 2 rakaat
- solatnya ialah: zohor, asar dan isya’
- hukum: sunat bagi orang Islam yang musafir 2 marhalah dengan tujuan baik
- dalil solat qasar: الصوة من تقصروا أن جناح عليكم فليس الارض فى ضربتم واذا
“dan bila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan solat”
2.1 SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR
- mesti 4 rakaat
- musafir yang baik
- perjalanan yang jauh tidak kurang daripada 2 marhalah (± 94 km)
- tidak berimamkan imam yang solat sempurna
- tahu cara menunaikannya
- niat qasar pada takbiratul ihram
تعالى لله قصرا ركعتينالظهر فرض اصلى
- kekal perjalanan sebelum memberi salam
3.0 SOLAT JAMAK
· erti: menghimpunkan 2 solat fardhu dan ditunaikan dalam 1 waktu
· solatnya ialah : zohor + asar, Maghrib + isya’
3.1 JAMAK TAKDIM
- tunaikan 2 solat dalam 1 waktu. Ditunaikan dalam waktu yang pertama.
- contoh: zohor dengan asar dalam waktu zohor
- lafaz niat:
تعالى لله تقديم جمع العصر اليه مجموعا ركعات اربع الظهر فرض اصلى
atau
تعالى لله تقديم جمع الظهر الى مجموعا ركعات اربع العصر فرض اصلى
· syarat sah solat jamak takdim:
1. ditunaikan dalam waktu 1. contoh zohor + asar dalam waktu zohor
2. tertib – kerjakan solat zohor sebelum asar dan solat maghrib sebelum isya’
3. niat jamak dalam solat yang pertama
4. ditunaikan berturut-turut. Tidak boleh diselangi dengan solat sunat dan sebagainya
5. berkekalan dalam musafir semasa menunaikan solat kedua
3.2 JAMAK TAKHIR
· menunaikan
2 solat fardhu dalam waktu solat yang kedua iaitu tunaikan zohor + asar
dalam waktu asar atau maghrib + isya’ dalam waktu isya’
· lafaz niat
تعالى لله تاخير جمع العصر الى مجموعا ركعات اربع الظهر فرض اصلى
atau
تعالى لله تاخير جمع الظهر اليه مجموعا ركعات اربع العصر فرض اصلى
· syarat sah jamak takhir:
1. ditunaikan dalam waktu ke-2
2. niat jamak pada waktu pertama
3. berkekalan musafir sehingga selesai solat kedua
4.0 SOLAT QASAR SERTA JAMAK
· solat
yang dipendekkan dan dihimpunkan sama ada ditunaikan dalam waktu
pertama (solat qasar dan jamak takdim) atau kedua (solat qasar dan jamak
takhir) mengikut syarat
4.1 TAKDIM
· zohor + asar: asalnya 4 rakaat, dihimpunkan setiap satu 2 rakaat zohor dan 2 rakaat asar
· boleh himpundalam waktu zohor atau asar
· caranya: sembahyang 2 rakaat zohor, salam kemudian bangun dan sambung 2 rakaat asar
· lafaz niat:
تعالى لله تقديم جمع العصر اليه مجموعا قصرا ركعتين الظهرفرض اصلى
atau
تعالى لله تقديم جمعالظهر الى مجموعاقصرا ركعتين فرض العصر اصلى
4.2 TAKHIR
- zohor + asar : buat dalam waktu Asar
- maghrib + isya’: maghrib (3rakaat), isya’ (2rakaat) dalam waktu isya’
- lafaz niat:
تعالى لله تاخير جمع العشأالى مجموعا ركعات ثلاث المغربفرض اصلى
atau
تعالى لله تاخير جمع المغرب اليه مجموعا قصرا ركعتين فرض العشأ اصلى
5.0 HIKMAT SOLAT JAMAK DAN QASAR
- menunjukkan Islam agama yang mudah
- menunjukkan ibadat solat mesti ditunaikan dalam apa jua keadaan
- untuk memudahkan umat Islam yang sedang musafir untuk solat
- supaya umat Islam sentiasa mengingati Allah